Sabtu, 16 Oktober 2010

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Saudara dan saudari,

Membaca banyak faedahnya. Tak kira buku itu dalam bentuk fiksyen atau ilmiah, semuanya membawa pengajaran kepada kita. Sekiranya kita membaca sebuah buku... kita sebenarnya telah berkongsi pengalaman penulis buku itu. Renungkanlah

HOME MADE STRAWBERRY ICE CREAM

Ingredient

  • 500g strawberries
  • 175g caster sugar, plus 2 tablespoons
  • 500ml full-fat milk
  • 500ml double cream
  • 1 vanilla pod
  • 10 egg yolks
  • 2 tablespoons lemon juice

Method

  1. Hull and roughly chop the strawberries, put them into a bowl and sprinkle over the 2 tablespoons of caster sugar and leave them to steep and infuse with flavour.
  2. Pour the milk and cream into a heavy-based saucepan, and add the vanilla pod, split down the middle lengthways. Bring the pan nearly to the boil and then take it off the heat and leave to infuse for 20 minutes.
  3. In a large bowl whisk the egg yolks and the 175g sugar until thick and pale yellow. Take the vanilla pod out of the milk and cream and pour, whisking the while, the warm liquid over the yolks. Put the cleaned-out pan back on the heat with the cream, milk, egg and sugar mixture and stir the custard until it thickens, then take it off the heat and pour it into a bowl to cool.
  4. Puree the strawberries in a processor, and when the custard is cool fold in the lemon juice and strawberry puree.
  5. At this point you can either freeze the ice cream in an ice-cream maker, or in a plastic tub in the freezer. If you do the latter you should whip it out every hour for 3 hours as it freezes and give it a good beating, either with an electric whisk, by hand or in the processer. That gets rid of any ice crystals that form and that make the ice cream crunchy rather than smooth.

  Delicious

Isnin, 11 Oktober 2010

BUAT ANAK-ANAK UMMI - HANANI DAN WAHEEDA

WAHAI ANAK-ANAKKU
KALIAN PEWARIS UMMI

SEBARIS KATA SEJALUR NADA
INGIN UMMI SAMPAIKAN
KASIH UMMI PADA KALIAN TIADA TANDINGNYA

SEPERTI APA YA?
TIADA YANG SEPERTINYA

TIADA YANG MAMPU TANDINGI KASIH UMMI
MELAINKAN KASIH SAYANG ALLAH

WAHAI ANAK-ANAK UMMI
PUTIH HITAM
CACAT CELA
CANTIK HODOH
DEGIL RAJIN
SEMUANYA UMMI KASIHI
KASIH YANG TERAMAT SANGAT

SELAGI NADI UMMI MASIH BERDENYUT
SELAGI DARAH MASIH MENGALIR DALAM DIRI UMMI
PERCAYALAH
TANGAN INI SENTIASA BERSEDIA MENDAKAP KALIAN
DEKAT DENGAN DADA UMMI
HAMPIR DENGAN JIWA UMMI
UMMI SENTIASA MERINDUI UNTUK MERIBA ANAK ANAK UMMI

UMMI SENTIASA BERSEDIA
MENCIUM ANAK-ANAK UMMI
BIARPUN SEBUSUK MANA PADA ORANG LAIN
SAYANG ANAK UMMI

ANAK UMMI SAYANG
BIARPUN UMMI SUDAH TIADA
KASIH UMMI SENTIASA MENDAKAP KALIAN
RIBAAN UMMI MASIH UNTUK KALIAN
CIUMAN UMMI JUGA MASIH UNTUK KALIAN

KASIH UMMI SAMPAI BILA-BILA
UMMI SAYANG KALIAN

BILA UMURKU MENGINJAK 30-AN

apabila usia mula menginjak ke 30-an.. hati mula berkata-kata... di manakah akhirnya aku.. perasaan takut bercampur harap terhadap Allah makin menebal.. Mula terasa bahawa dosa sendiri tidak terpikul...30 tahun kehidupan terasa kosong sekali..
Ketika ini... tergambar di fikiran... alangkah bahagianya kehidupan sewaktu kanak kanak. dosa masih mampu dihitung...(dosa tak siap kerja rumah, dosa melawan cakap orang tua, dosa berbalah dengan adik-adik) namun ,ketika itu ilmu di dada senipis sehelai kertas..
Apabila dewasa... belajar dan terus belajar...ilmu sehelai kertas jadi sebuah buku, akhirnya jadi se'bundle' buku dan akhirnya satu library buku=ilmu di dalam dada.....
PERSOALANNYA !!!! AMALAN? ?????
SOLAT : Masih seperti sewaktu darjah enam.
PUASA : seperti darjah Empat.
TAAT IBU BAPA : ???????.
TAAT SUAMI :???????????.
KERJA: ????????????.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK:????????????? Semuanya ala kadar...
ala kadar....

Saya tak mampu menjawab... tak terhitung dosa dalam diri

ketika umur 30-an.... amat merindui umur belasan... (ketika baru mngenal Allah.. cinta pada Allah... tenang sungguh)

ketika umur 60-an.... apa agaknya????

Saya tak mahu ketika umur 60-an, saya merintih lagi seperti ini... saya amat berharap... bila umur saya mencecah 60-an.... saya sibuk meneruskan pengabdian kepada Allah yang saya mulakan semula ketika umur 30-an. tak mahu berhenti lagi selagi belum dipanggil menghadap Ilahi...

ini hanyalah luahan hati saya... untuk menjadi iktibar buat anak-anak yang dikasihi sekalian. istiqamahlah dalam melakukan ibadah. sentiasa menuju Allah .. jadikan cerita hati ini sebuah pengajaran.

Jumaat, 30 Julai 2010

ALPA

Manusia selalu lupa.... pada asal kejadian diri. Tujuan hidup di dunia.... Manusia sering mengharap kesenangan dalam apa jua keadaan. Hidup yang berpaksikan nafsu dunia amat popular ketika ini. hidup yang berlandaskan syariat sudah mula dianggap janggal.... Berhati-hatilah ...... sentiasalah mengingati mati... sesungguhnya ajal kita semakin dekat... Kematian kita akan membawa kita kepada perhitungan amalan di dunia. Kematian adalah noktah sebuah perbekalan..
Ya Allah .... berikanlah aku kekuatan agar terus mengingati mati. Mati yang Kau janjikan. Aku amat memohon kekuatan untuk mengumpul bekal... Aku redha dengan kegerunan ini.... Aku bahagia hidup dalam ketakutan ini.... Ketakutan terhadapMu Ya Allah. Jadikanlah aku sentiasa takut dan gentar terhadapMu... Perasaan ini amat menenangkan...Peliharalah hatiku dari menderhakaiMu. Ameen ya Allah...Ameen .... Ameen....Ameen.