PENDIDIKAN ISLAM

P Islam T-2


MENCONTOHI DAKWAH RASULULLAH SAW

Mencontohi sifat dakwah Rasulullah SAW

1. Lemah Lembut
2. Memaafkan kesalahan orang lain
3. Memohon keampunan untuk orang lain
4. Mesyuarat
5. Bertawakkal dalam perlaksanaan

Hikmah Tawakkal Dalam Perlaksanaan Keputusan Bersama

1) Sabar menghadapi kesulitan dalam melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat dan sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
2) Berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja supaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
3) Tenang dan tabah menerima kegagalan tanpa menyalahkan orang lain, sebaliknya mengadakan muhasabah bersama untuk mengetahui kelemahan dalam perlaksanaan
4) Bersifat tawadhuk iaitu merendah diri ketika menerima sesuatu kejayaan
5) Bersyukur dan menikmati kejayaan bersama

Pengajaran Ayat

1) Sifat pemaaf dan memohon keampunan adalah asas penting dalam menentukan kejayaan dakwah
2) Mesyuarat dan perbincangan dengan cara yang sistematik amat penting untuk membuat sesuatu keputusan
3) Setiap umat Islam wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing
4) Tawakkal kepada Allah adalah keistimewaan orang Islam